
Saya mula menggunakan Internet pada tahun 1995. Pada masa itu, kami (pengguna-penguna zaman itu) sentiasa dinasihati supaya mengikuti Netiquette. Apa itu Netiquette? Netiquette ialah Net Etiquette iaitu “Etika Menggunakan Internet”.
Berikut adalah Basic Netiquette…
Use spell check
No all caps
Tell the truth
Be yourself
Do not flame
Do not spam
Be conservative
Protect others’ privacy
Shop secure sites
Use discretion
Use spell check… tulis idea anda dengan menggunakan bahasa dan ejaan yang betul.
No all caps… huruf besar sebenarnya digunakan untuk melambangkan seseorang sedang menjerit atau marah. Oleh sebab itu, jangan sekali kali menulis satu-satu ayat dengan semua huruf besar.
Tell the truth… tulis perkara yang betul sahaja. Jangan sebarkan berita angin atau berita yang belum disahkan kebenarannya.
Be yourself… jangan sekali kali menyamar sebagai orang lain dan menghantar berita-berita yang akan menimbulkan huru-hara.
Do not flame… jangan menghantar berita yang akan menimbulkan kemarahan orang lain.
Do not spam… jangan menghantar berita secara berkelompok, termasuk kepada pengguna yang tidak berminat dengan berita berkenaan.
Be conservative… jangan berlagak.
Protect others’ privacy… jangan memaparkan nama, alamat, jantina, no. kp atau email seseorang tanpa kebenarannya.
Shop secure sites… cuma berurus niaga dengan laman-laman yang terbukti selamat.
Use discretion… gunakan pertimbangan yang wajar.
Saya berharap kawan-kawan semua dapat menghayati Netiquette dan menjadi penguna Internet yang disegani.

Leave a comment